Rabu, 15 Mei 2013

Antara Maruah Dan Gambar Pakwe



"Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak."
Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.
Saya kadangkala rajin juga melakukan blogwalking, samada dalam list sedia ada, ataupun daripada komen pembaca, ataupun daripada pautan lain di blog-blog mereka. Kebanyakan ‘perjalanan’ saya itu saya fikir masih berada dalam circle yang sama, iaitu pembaca atau bloggers yang punya minat pada agama. Dalam jiwa mereka, ada Islam.
Sebahagian besar mereka adalah remaja dan berjantina hawa. Isi kandungan blog pula lebih berkisar tentang kehidupan mereka serta apa sahaja yang dilalui. Sesekali diselit dengan tazkirah, dan kerap kali juga dipaparkan pelbagai artikel yang disalin daripada blog ilmuan lain. Kesimpulan mudah yang saya buat adalah, mereka ada jiwa untuk memberi, mempelajari dan mahu menjadi muslimah sejati.
Namun saya perlu akui, sebahagian besar mereka itu sedang asyik dalam kesilapan yang menjatuhkan maruah diri, dan lebih malang jika perkara itu tidak disedari.

Dalam blog, selain pelbagai widget di kiri atau kanan, gambar sendiri diedit cantik dan dipamerkan. Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Sangat gedik dan geli. Gejala sama turut menimpa para facebookers. Gambar profil berpurdah hitam. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.




SYARI’ATULLAH
Dikisahkan, wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan Allah. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.
Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.
Tetapi apa akan terjadi, jika kesemua peraturan itu diabaikan?
Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?
Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.
Gejala mempamerkan wajah sendiri telah banyak diingatkan sebagai membahayakan maruah. Pelbagai bukti printscreen ditunjukkan bagaimana gilanya manusia yang mencuri dan membuat editing pada gambar-gambar kaum hawa. Namun kedegilan yang sama terus dipertahankan. Bahkan bertambah, dengan trend meletakkan bersama gambar teman lelaki masing-masing.
Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?



MARUAH
” Sayang papa sampai mati “
” My beloved one..forever n ever “
” Cayang kamuuu ..”
Ya. Itu antara ayat-ayat cinta ciptaan mereka. Pernah saya cuba menyelidik, adakah si lelaki turut melakukan perkara yang sama. Dan menyedihkan, kerana banyak yang saya lihat, si lelaki tidak pun meletakkan gambar teman wanita mereka bahkan seboleh-bolehnya kelihatan seperti mahu berlagak single dan belum berpunya.
Pernah juga saya lihat di facebook. Gadis muslimah tersebut, beriya-iya menukilkan madah cinta di wall teman lelakinya. Bahkan menggunakan aplikasi tulisan yang pelik-pelik penuh warna warni semata-mata untuk menyatakan ‘ saya sayang pakwe saya ‘. Di wall si lelaki, berderet ucapan yang sama, setiap hari. Tetapi aneh, si lelaki langsung tidak membalas. Si lelaki seolah ‘rimas’ dan seboleh-bolehnya mahu ‘berlepas diri’ dari kesemua perkara tersebut. Hanya post dari rakan-rakannya sahaja yang dibalas dengan ‘rela’.
Saya terfikir, si gadis seperti itu sebenarnya mengapa? Sakit jiwakah dia? Sudah hilang rasa malukah dia?
Oh, gambar profil facebook gaya arab. Pakai niqab hitam. Status-status yang ditulis, mengajak cinta kepada Allah. Ajak berburu Lailatul Qadr. Tetapi dia sanggup menghabiskan masa yang banyak ( pada hemat saya ) untuk membuat editing gambarnya dan dicantum dengan gambar si lelaki. Ditambah dengan pelbagai effect dan tulisan. Berhabis masa pula untuk membuat tulisan kelip-kelip , dedikasi untuk orang yang dia sayang. Apa sebenarnya yang dia cari?
Apa sekalipun rasa hati, mereka yang berada dalam situasi seperti ini harus segera sedar. Anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.


MULIANYA ANDA
Jangan jadi gula-gula yang terdedah tanpa balutan plastik, kerana tiada orang akan memilih gula-gula itu berbanding yang masih tertutup dan tersimpan rapi di dalam bekas. Gula-gula yang terdedah, samalah seperti ucapan dan perbuatan yang menjatuhkan maruah. Pakaian anda, tudung atau jubah, tidak memberi sebarang makna jika anda sanggup merendahkan darjat anda ke tahap itu di alam maya.
Tidak ada sesiapa yang akan berbangga dengan status ‘ in a relationship ‘ anda  di facebook, walaupun anda dan dia sudah bertunang. Kalau pertunangan itu pun disuruh rahsiakan, apatah lagi jika anda dan dia langsung tidak ada apa-apa ikatan dan sekadar bermain perasaan?
Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.
” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”
Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.
Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.
Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?


JALAN PULANG
Mungkin masih ramai menganggap, gambar teman lelaki kesayangan mereka itu sumber inspirasi. Dan kisah cinta mereka adalah pencetus motivasi. Tetapi sebenarnya, anda sedang bermain dengan harga diri. Islam mengangkat anda ke tempat yang cukup tinggi semata-mata untuk memuliakan anda sebagai wanita. Islam prihatin dengan sifat malu yang menjadi benteng maruah diri anda.
Jangan biarkan Syaitan terus-terusan menghiasi amalan anda. Hayati kembali keindahan syariat Islam. Perhalusi kembali hikmah di sebalik larangan.
Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.
Kembalilah pulang.
Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘ in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.
Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.

MYILHAM.COM

Jumaat, 1 Mac 2013

Akhawat Ku Sayang


Bacalah Nasihat kepada Akhawat sampai akhir dengan berlapang hati dan minda terbuka, sepatah demi sepatah.




Akhawatku Sayang

✿ Kelibat mataku memandang tajam
Lantas butiran airmata jatuh berguguran
Melihat nasib pendukung agama,
Yang lemas terus dibawa arus,
globalisasi dan kemodenan

✿ Akhawatku Sayang,
Wajah yang dulunya bersih,
dicoret dengan warna-warni untaian dosa.
Bibir yang dulunya suci,
diwarnai pelbagai warna yang menggiurkan.
Hijabmu ibarat senjata yang ampuh,
turut disalahgunakan.

✿ Akhawatku Sayang,
Tempat yang suci dijadikan medan pertandingan,
dengan pameran busana yang memukau,
dengan fesyen dan warna yang garang,
takkan terlepas dari lirikan mata yang memandang.

✿ Siapa yang lagi menarik?

✿ Siapa yang lagi cantik?

✿ Siapa yang lagi ramai peminat?

✿ Tanpa sadar, niat semula berubah,
tanpamu mengizinkan.

✿ Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.

✿ Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.

✿ Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu.

✿ Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.

✿ Mata Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.

✿ Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu,
pada hatimu yang penuh kasih dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin parah,
kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.

✿ Akhawatku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci,
janganlah engkau kotorkan dengan mengikuti nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.

✿ Akhawatku Sayang,
Sudah engkau menjadi penyebab fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?

✿ Akhawatku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.

✿ Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.
Pada Imammu kelak.. Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Salam Nasihat Untuk semua Wanita Muslimah.

Renungkanlah setiap nasihat, moga menitiskan air keinsafan dan gelengan kekesalan.

Astaghfirullah,,
Astaghfirullah,,
Astaghfirullah hal azim...

Ahad, 24 Februari 2013

Cara Tegur Isteri Malas Solat

 
 
Soalan:

Isteri saya malas nak solat walaupun dah dimarahi. Nak buat macam mana ustaz?

Ustaz Azhar Idrus:
Ikut apa yang Nabi ajar. Pertama, bagi nasihat. Kedua, asingkan tempat tidur. Biar dia tidur sorang2 dalam bilik. Tapi, tengah malam jangan mu pegi skodeng dia pulok:) Ketiga, pukul dia. Jangan pukul kuat sampai menyakitkan atau mencederakan macam dalam jail tu, tapi cukup sekadar pengajaran sahaja.

Kalau semua 3 perkara tu dah buat tapi dia degil jugak, maka yang paling mujarab mu beritahu nak nikah sorang lagi. Confirm dia ikut punya lah... (Kikiki)
(Masjid Titian Baru, KTerengganu)
mujarab ke? nape yer?...hehehe.

Sabtu, 23 Februari 2013

Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.


.'. i'am suka sgt ngan lagu ni. sahabat?

Khamis, 21 Februari 2013

Saat Muhasabah Diri


Assalamualaikum, sahabat2 i'am semua...
 
Muhasabah diri? I'am nk citer pasal saat muhasabah diri i'am. Nanti sahabat2 kongsi dengan i'am pasal muhasah diri sahabat2 plak. :-) Jom sahabat2 amalkan muhasabah diri sebelom tidor, bandingkan mane byk pahala atau dosa kita hari ni. jgn la sahabat2 tidor dalam 'angau' teringat kat dia sampai x baca doa tidor. hehe....


Tika bermuhasabah diri, tiba-tiba masuk suatu mesej dalam hp,
'Adik, adik apa khabar?Apa khabar iman dan amal?'

Tergamam untuk menjawab, tetapi cuba untuk menjawab dengan jawapan sebaik mungkin, agar tidak menimbulkan kerisauan.

'Alhamdulillah akak, bikhoir. Sekarang cuma berehat dan meluangkan masa cuti semester.' Ku hantar mesej itu sebagai balasan. Tak sampai 5 minit, satu lagi pesanan masuk darinya.

'^_^,

Adik...
Adik dah hafaz fiqh wanita yang pernah akak ajar dulu?

Adik dah baca Quran?
Dah habis hafazan?
Dah habis baca buku/kitab xxxx?'

Adik dah beristighfar?
Adik dah berselawat?

Tercengang untuk jawab, mesej itu tidak berbalas. Beberapa minit kemudian pesanan masuk lagi.

'Adik, jangan biarkan kesedihan dan kegundahan jiwa akibat dunyawi serta makhlukNya mematahkan semangatmu untuk berjihad. Sudah lupakah untuk menjadi seorang penjihad yang kuat?

Elakkanlah untuk mengubat kesedihan dan kegundahan jiwa itu dengan amalan jahiliyah yang pernah adik lakukan dahulu. Sebaliknya, isikanlah ia dengan dua perkara, amal dan ilmu. Dua itu, yang adik dapat begitu berharga dengan tanganmu sendiri, dengan petunjuk hidayah taufiq yang telah adik perolehi terus dariNya. Kesedihan itu, hanyalah sementara. Mintalah pertolongan Allah dengan dua perkara yang telah Allah katakan, ya'ni solat dan sabar. Ingatlah itu wahai adikku..!

Mataku terbuka.Baruku sedar, semua itu hanyalah mimpi. Tiada mesej masuk dalam hp. Tetapi mesej itu masuk dalam hati. Air mata menitis,sebak.

Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku ini untuk menjadi penjihad ilmu agama ini yang benar-benar mampu mendapat keredhaanMU di dunya dan akhirat.

jom sahabat2 muhasabah diri kita malam ni dan malam2 yg mendatang. Moga kita x sombong dengan pahala tuhan. Jgn kita asyik selesa jer tiap2 hari.. Sahabatku,kita bukan nabi, dosa mesti ada bersama kita kan tiap2 hari. Jika hari ini dosa kita lbh byk dr pahala, macamne sahabat? Bukankah timbangan kita dah berat sebelah dosa? 


.'. kisah yg i'am ambik dan edit sedikit dari sedara seislam i'am, indahnya berpurdah. citer khusus untuk ukhti, perempuan..

Selasa, 19 Februari 2013

Awak yang Comel


Assalamualaikum, awak2 yg comel..
Awk comel sampai tergugat iman lelaki yg memandang @,@

tapi tapi tapi..

Awk, awak tak kisah ke kalau gambar awk ditayang dan ditatap sesuka hati oleh lelaki bukan mahram?? Setiap hari lelaki tengok, sehingga kan diri awk menjadi jemu dilihat oleh lelaki ajnabi..awk tak kisah ke kalau ada lelaki copy/save gambar awak?? awak tak kisah ke kalau ada org diam2 curi gambar awk?? awk tk rase apa2 ke bila awk jadi perhatian ramai lelaki??

Apa untung nya awk?? apa yg awk dapat kalau ramai lelaki memandang sesuka hati gambar (wajah,tubuh) awk?? Lelaki tak rugi apa2 pun, tp perempuan la yg rugi..

Eh kenapa plak rugi??

Bila awk dikelilingi lelaki..diri awk jadi terdedah, nilai harga diri awk semakin rendah..awak tahu kenapa? sbb diri awak dinikmati oleh lelaki yg bukan mahram..awk tahu dinikmati mcm mana? Dinikmati dgn percakapan awak, dgn suara awak, dgn melihat kecantikkan wajah awk, tubuh awak..bukan kah itu semua aurat yg perlu dijaga?


  kalau sy jadi wanita, sy terasa hina sgt kalau wajah atau kecantikkan yg ada pada diri sy ni ditonton dan ditatap dan di nikmati sesuka hati oleh mata2 bernafsu lelaki yg bukan mahram..kesian dkt suami sy nanti kalau kecantikkan isteri dia ditatap dan dipapar di khalayak ramai ~,~

"Eh..aku tak comel mcm perempuan2 lain”

ALLAH tidak menciptakan manusia itu hodoh, tapi kecantikkan yang berbeza-beza..


لقد خلقنا الا نسان في احسن تقويم
 Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya 
((Q.S AT-Tiin : 4))


 ~Nilai harga seorang wanita itu sangat tinggi..peliharalah wahai kawan2ku,jangan biarkan ia jatuh ke lembah kehinaan~
-fb,bercinta selepas nikah

Rabu, 13 Februari 2013

Sejarah Valentine's Day


Assalamualaikum,,
kawan2, sedara seislam yang i'am sayangi semua...

Hari ni 14feb kan? ramai yg dop bincang pasal tarikh ni,,,, ustaz ustazah, muda mudi yg nk sambut yg kurang pengetahuan agamanya... Husnuzon la kita kan..

so, hari ni i'am nk citer pasal SEJARAH VALENTINE'S DAY plak...entri lepas pasal HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT PERAYAAN VALENTINE'S DAY..




Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:


Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.


Update : 
Buku 'Elak Sambut Valentine’s Day' terbitan JAKIM

Selasa, 12 Februari 2013

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day


Assalamualaikum...
teman-temanku semua...

Valentine's Day? Apakah?
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Keputusan Fatwa/Hukum
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan Kristian yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                   ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                          (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Perihal Kecuaian Wanita Berkaitan Haid

sekadar hiasan

Assalamualaikum...
sahabat2ku semua,akhi wa ukhti....

Hanya sekadar perkongsian untuk muslimat dan muslimin walaupun tidak datang haid.hehe. Tapi ingat, bakal isteri kita perempuan kan? :-)

Di sini ada dua contoh keadaan. bagi yg terlepas pandang, jom sama2 jaga.... and kalau yg memang da jaga, alhamdulillah....

:::: :::::
CONTOH KEADAAN 1: (masa dtg haid)
Waktu zohor pkul 1.30 p.m.
si isteri niatkan dalam hati nak smbahyang pukul 2,
sebab tengah buat kerja (goreng ikan),nanti suami balik nk makan nasi tengah hari.
jadi si isteri berazam nak buat zohor pukul 2.00 p.m
TETAPI,tup2 KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m

JAWABNYA :
Slepas suci daripada haid,mandi2..si isteri kene QADHA ZUHUR INI.sebab si isteri telah MENDAPAT wktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI
(SEBAB ramai perempuan yang dia INGAT HANGUS BEGITU SAHAJA zohor yang tadi tu,sedangkan WAJIB DIA QADHA sebab dia telah dapat waktu zohor dalam KEADAAN SUCI)

-----------------------------------------------------------------------------
 

CONTOH KEADAAN 2 : (yang kering di waktu zuhur.)
Waktu asar pukul 4.30 p.m,
si isteri kering darah sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m
(DALAM WAKTU ZUHUR),
si isteri pun ambil tuala mandi2,dan siap pada pukul 4.45 p.m,
lepas pada itu,dia pakai baju smbahyang,dan tunaikan ASAR SAHAJA,

JAWABNYA:
kene ingat,awak kering DALAM WAKTU ZUHUR dan WAJIB kene qadha zuhur itu tadi.
(suami WAJIB ajar isteri bab ni,sebab itu SUAMI WAJIB MARI MENGAJI (fardhu ain) BAB TAHARAH dan semua bab yang  fardhu ain kita wajib belajar dan kene ajar pada isteri,asalnya suami yang wajib pada isteri,bukan ustaz..
bila dua2 tak pandai baru dua2 wajib mari belajar dengan Ustaz,
sebab dia berkait degan sah batal AMAL IBADAT ISTERI.)


:fb,dipetik dari kuliah bigboh berkaitan Toharah (bersuci)

USTAZ AZHAR IDRUS, 

Selasa, 5 Februari 2013

Hukum Bertunang Tanpa Ibu Bapa?



Assalamualaikum,semua,,..
Sahabat-sahabatku,,,...


Bolehkah jika bertunang tanpa ibu bapa? Bagaimanakah hukumnya?

Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.

Jom kita dengar apa komen Ustaz Azhar Idrus tentang hal ni..


Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.

Suasana sahabat-sahabat muda kita sekarang menganggap'bertunang' itu biasa. Wahai sahabat-sahabatku, jika kita belum bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan atau untuk sekadar bermain di bibir sahaja, jangan la lafazkan sewenang-wenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...